Oleh: Dini Nurhani Zainuddin

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Proton bakal ‘dijual’ kepada syarikat automatif China bernama Geely dengan menjual saham sebanyak 51% kepada mereka. PSA Group, syarikat Perancis yang memiliki Peugeot juga telah sah dikatakan menawarkan diri untuk membeli saham Proton.

Walaupun hal ini tidak lagi berlaku, berbagai persepsi dan pandangan telah dikeluarkan oleh wartawan surat khabar, pemimpin politik dan pakar kewangan.

Tidak kurang juga, spekulasi-spekulasi mula berlegar dalam kalangan rakyat, di mana sebilangannya percaya kita menjual maruah kita apabila kita menjual Proton.

Sebilangan pula menyatakan apabila kita menjual Proton, beribu-ribu rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan dan kita akan menanggung banyak kerugian.

Benarkah begitu?

Sebelum menjawab persoalan itu, sedikit latar belakang tentang bermulanya isu Proton ini;

Pada tahun lepas, Proton telah meminjam duit daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM 1.5 billion. Sebagai gantinya, Proton harus mencari rakan kongsi asing (FSP) untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunannya supaya rakan kongsi asing ini dapat membantu Proton menyelesaikan masalah dan memasuki pasaran ASEAN.

Mengapa bantuan asing?

Malaysia sebenarnya antara negara yang selalu memandang khidmat bantuan daripada luar ini sentiasa lebih baik daripada khidmat bantuan dalam negara sendiri. Sepertimana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang juga direka oleh orang luar dengan memakan belanja kos perkhidmatan jutaan ringgit.

Geely dan PSA merupakan antara syarikat yang menunjukkan minat untuk menjadi FSP bagi Proton. Terdapat banyak lagi syarikat lain, cuma sekarang ini yang paling kuat dikatakan untuk menjadi rakan kongsi ialah mereka.

Dua persoalan yang harus dirungkai:

  1. Mengapa Geely dan PSA Group mahu ‘membeli’ Proton?
  2. Mengapa kita mahu ‘menjual’ Proton?
  1. Mengapa Geely dan PSA Group mahu ‘membeli’ Proton?

Malaysia mempunyai polisi di mana tarif yang tinggi dikenakan terhadap kereta import. Contohnya kereta Honda, Hyundai, BMW, Mercedes dan sebagainya. Harga kereta di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia di mana kita biasanya harus membayar dua atau tiga kali ganda lebih mahal daripada harga sebenar kereta itu. Hal ini untuk melindungi penjualan kereta keluaran tempatan oleh Proton dan Perodua.

Malaysia yang terletak di Asia Tenggara merupakan antara sepuluh negara di dalam pakatan dinamai Association of Southeast Asian (ASEAN). Geely dan PSA Group mahu meluaskan pasaran mereka di negara ASEAN. Jika Geely atau PSA berjaya mendapatkan saham 51% untuk kilang pemasangan di Tanjung Malim, mereka akan dapat menguasai majoriti saham kilang itu.

Apa kebaikan menguasai saham kilang tersebut?

Tentunya, mereka akan dapat mempunyai kuasa terhadap segala yang berkaitan dengan kilang itu. Jika mereka berjaya menguasai kilang pemasangan di Malaysia, mereka dapat membuat kereta daripada jenama mereka di sini sekaligus mereka dapat memasarkan kereta-kereta mereka bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh ASEAN tanpa ada caj tarif langsung! Bukan sahaja mereka dapat mengambil untung penambahan jualan dengan memasuki pasaran ASEAN, malahan mereka dapat mengelak daripada membayar tarif import kereta yang tidak dikenakan antara negara-negara ASEAN. Hal ini diibaratkan pepatah sambil menyelam minum air.

  1. Mengapa kita mahu ‘menjual’ Proton?

Sebenarnya, tiada lagi keputusan dibuat terhadap perkara untuk ‘menjual’ Proton ini. Mereka cuma harus mempunyai rakan kongsi pada akhir Mac tahun ini, sebagai janji mereka kepada kerajaan yang telah meminjamkan RM 1.5 Billion kepada mereka tahun lalu. Hanya jika rakan kongsi mereka mempunyai saham melebihi 50% bermakna FSP mempunyai kuasa majoriti terhadap banyak keputusan di dalam Proton.

Beberapa kemungkinan apabila mereka menguasai Proton adalah;

  1. Proton boleh kehilangan namanya
  2. Perubahan struktur organisasi dan pekerja-pekerjanya

Tetapi, semua ini bergantung kepada perjanjian yang termeterai di antara kedua belah pihak. Bukan suatu keputusan yang mudah dan remeh untuk Proton menggadaikan namanya apatah lagi membuang pekerja-pekerjanya. Perjanjian ini antara kunci utama kepada persoalan-persoalan kita. Namun dengan mempunyai rakan kongsi yang mempunyai kredibiliti dan reputasi yang bagus, Proton dijangkakan akan mengalami pemulihan, paling cepat adalah dalam masa dua tahun. Daripada segi perniagaan, mempunyai rakan kongsi sebegini merupakan suatu langkah yang bijak dan Proton dijangkakan untuk tidak mempunyai kerugian yang teruk sepertimana sebelumnya.

Seterusnya, adakah Proton ini merupakan maruah kita atau mendatangkan bala kepada kita?

  • Proton merupakan kereta nasional pertama, melambangkan keupayaan kita untuk berdiri di atas kaki sendiri, walaupun pada hakikatnya kita menggunakan teknologi Mitsubishi awal dahulu.
  • Proton merupakan salah satu cara untuk wawasan 2020 dapat dicapai dalam fasa yang lebih laju suatu ketika dahulu. Tetapi di mana kita sekarang?
  • Jualan Proton semakin teruk dengan mencatatkan 72,290 kereta terjual tahun lepas berbanding 102,175 kereta pada tahun 2015. Perodua pula, yang dikeluarkan 8 tahun kemudian pun mencatat jualan tahunan sebanyak 207110 tahun lepas berbanding 213307 pada tahun 2015.
  • car-sales
  • Rugi bersih DRB Hicom (pemilik Proton) telah meningkat sehingga hampir RM 1 Billion tahun lepas.
  • Proton telah dilahirkan lebih 30 tahun dahulu tetapi masih bayi. Sehingga kini, kerajaan telah mengeluarkan belanja melebihi RM 14.5 Billion kepada Proton untuk membantunya ‘membesar’.
  • Proton masih menjadi alternatif dan dibeli hanya kerana ianya murah berbanding kereta luar sehingga kini. Meskipun kita mempunyai polisi automatif kebangsaan dan meletakkan tarif import yang mahal kepada kereta luar, jualan Honda berjaya mengatasi jualan Proton pada tahun lepas iaitu sebanyak 91830.
  • Walaupun Penyelidikan dan Pembangunan Proton telah didanai kerajaan berbilion ringgit, ketirisan dikatakan berlaku di dalam Proton sehingga menyebabkan pembangunan Proton bergerak dengan sangat perlahan.
  • Walaupun tiada statistik terhadap jumlah kematian disebabkan kemalangan menggunakan Proton, melalui pengalaman anda sendiri, kebiasaannya kemalangan maut akan melibatkan kereta berjenama apa? Adakah anda biasa melihat kemalangan maut melibatkan kereta seperti BMW, Mercedes mahupun Honda atau Hyundai?

Proton, bukan sahaja telah menyebabkan bajet negara untuk pengangkutan banyak teralih kepadanya, malahan Proton menyebabkan kita terpaksa membayar lebih mahal untuk melindungi nyawa kita dan keluarga berpuluh-puluh tahun tetapi masih mencatatkan kerugian sehingga kini. Proton juga menyebabkan penyelidikan dan pembangunan pengangkutan awam tergendala. Kita sepatutnya memberi fokus kepada pengangkutan awam dan bukannya dengan membina lebih banyak jalan raya dan kereta. Kita sangat bergantung dengan kereta disebabkan pengangkutan awam yang tidak efektif, lebih-lebih lagi bas awam. Penggunaan kereta yang banyak di jalan raya telah menyebabkan keadaan jalan raya semakin sesak, meningkatkan kos penggunaan minyak petrol dan perlepasan karbon emisen ke udara yang tidak mesra alam.

Jadi, adakah kita masih mahu membantu Proton kerana ianya maruah walaupun mendatangkan banyak bala kepada kita?

One thought on “Proton: Maruah Kita Atau Bala Kita?

  1. “Jadi, adakah kita masih mahu membantu Proton kerana ianya maruah walaupun mendatangkan banyak bala kepada kita?”

    siapakah kita?
    dan apa jenis bantuan yang ‘kita’ tu bagi menyelamatkan maruah?
    apakah bala’ yang akan menimpa ‘kita’?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s