Oleh: Ayman Rashdan Wong

8 Mac 2017 menandakan ulang tahun ke-100 peristiwa ‘Revolusi Februari’ di Rusia yang membawa kepada kejatuhan monarki Rusia. ‘Revolusi’ bermula pada 8 Mac (23 Februari dalam kalendar Rusia) apabila para pekerja di ibu kota Rusia, St. Petersburg (Petrograd) mengadakan demonstrasi dan mogok kerja sempena Hari Wanita Sedunia. Antara tuntutan mereka ialah agar Tsar Nicholas II menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Demonstrasi kemudian menjadi rusuhan dan Nicholas II melepaskan takhta pada 15 Mac. Dinasti Romanov yang memerintah Rusia sejak tahun 1613 berakhir.

Pada asalnya, berita pemansuhan sistem monarki disambut dengan kegembiraan. Sekian lama rakyat Rusia melihat mereka hidup sengsara di bawah pemerintahan Nicholas II. Nicholas II dilihat zalim, korup dan dayus. Rakyat rasa terbeban dengan kos peperangan dalam Perang Dunia. Ramai yang anggap segala masalah akan selesai dengan pemansuhan monarki. Namun kerajaan republik yang baru juga menemui kesukaran untuk menstabilkan keadaan.

Pemimpin kerajaan sementara, Alexander Kerensky merupakan ahli parlimen Duma yang berprofesion peguam. Kerensky tidak mempunyai banyak pengalaman dalam politik, dan Kerensky juga tidak mahir untuk ‘mengurus’ pergelutan kuasa puak-puak di dalam kerajaan sementara. Selepas 8 bulan, kuasa kerajaan pusat telah dirampas oleh puak Bolshevik dari Parti Komunis Rusia yang diketuai oleh Vladimir Lenin melalui ‘Revolusi Oktober’ pada 7 November. Perang meletus di antara Red Army (Bolshevik) dan White Army (anti-Bolshevik). Akhirnya Red Army menang dan menubuhkan Kesatuan Soviet, negara komunis pertama dalam sejarah pada tahun 1922.

Namun konflik tidak berakhir di situ. Lenin meninggal dunia pada tahun 1924 dan perebutan kuasa berlaku di antara Leon Trotsky dan Josef Stalin untuk mewarisi kedudukannya. Stalin yang menang telah melancarkan kempen pembersihan musuh (‘purge’) untuk mencantas musuh-musuh politiknya. ‘Stalin’s Purge’ menyebabkan Rusia kehilangan ramai pemimpin sivil dan ketenteraan yang berkaliber, dan keadaan Rusia yang lemah memberi peluang kepada Hitler untuk menyerang Rusia pada tahun 1941. Jutaan hingga bilion manusia terkorban dalam musibah demi musibah yang melanda Rusia sejak tahun 1917.

Sama seperti kebanyakan peristiwa yang bernama ‘revolusi’ dalam sejarah, Revolusi Rusia gagal membentuk kerajaan dan tata masyarakat (‘social order’) yang stabil dan kukuh. Bagi ahli-ahli sains politik yang mengkaji fenomena revolusi, kegagalan ini berlaku apabila revolusi tidak diterajui oleh golongan yang berpengalaman dalam politik, tetapi oleh golongan intelektual. Di Rusia, pemimpin-pemimpin revolusi adalah dari golongan ‘intelligentsia’ – peguam, penulis, penyajak. Golongan intelektual atau intelligentsia ialah golongan yang bijak pandai. Mereka bercita-cita memperbaiki masyarakat melalui idea. Mereka pandai menyebut ‘-isme’ dan ideologi. Mereka hafal tulisan Rousseau, Marx, Kropotkin dan Bakunin. Mereka mahu ubah.

Tetapi mereka tidak faham realiti politik. Mereka menganggap politik semudah berhujah dan berdiskusi di café dan salon. Sebelum berkuasa, mereka mengkritik penguasa dengan begitu baik sekali. Namun selepas mereka memperolehi kuasa, mereka tidak tahu macam mana nak guna (‘exercise’ / ‘manage’) kuasa. Akhirnya, kelemahan mereka membuka pintu fitnah atau ‘Pandora’s Box’ yang membolehkan manusia yang berniat jahat untuk menguasai keadaan.

Revolusi Perancis 1789 yang bermotto ‘Liberty, Equality, Fraternity’ membawa kepada ‘Reign of Terror’ (1793-1794) di mana ratusan hingga ribuan rakyat Perancis dipancung di plaza Place de la Concorde setiap hari kerana tidak sehaluan dengan pemimpin revolusion. Revolusi Young Turk 1909 membolehkan ‘Committee of Union and Progress’ menguasai Turki Uthmaniyyah, dan melakukan kezaliman melampau ke atas golongan minoriti Armenia dan Kurd. Revolusi Xinhai membawa kepada perang saudara selama 3 dekad di China yang berakhir dengan kemenangan komunis. Revolusi Mesir berakhir dengan tragedi Ra’bah dan Al-Sisi.

Vladimir Putin amat kesal dengan peristiwa Revolusi Rusia dan telah banyak kali mengkritik Lenin. Baginya, kejadian itu telah membawa kepada ‘devolusi’ (mundur ke belakang). Kekecohan selepas tahun 1917 membolehkan negara-negara jiran mengambil kesempatan ke atas Rusia dan merobek wilayah jajahannya. Kehilangan Tsar sebagai simbol perpaduan juga menghancurkan kehidupan spiritual masyarakat Rusia. Trauma revolusi masih dirasai Bangsa Rusia sehingga hari ini.

Bacaan lanjut:
Edmund Burke. (1790). Reflections on the Revolution in France.
Hannah Arendt. (1963). On Revolution.
Orlando Figes. (1997). A People’s Tragedy: A History of the Russian Revolution.
Michael Hickey. (2011). Competing Voices from the Russian Revolution.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s