Oleh: Abdul Muein Abadi

Apakah status hubungan Malaysia-Korea Utara saat ini? Bolehkah rakyat Malaysia melancong ke Korea Utara sekarang? Adakah kepulangan sembilan warga kita dari Korea Utara bermakna hubungan Malaysia-Korea Utara akan kembali seperti sebelum krisis tercetus lebih sebulan lalu?

1. Pemulihan hubungan diplomatik secara bertahap dijangka akan berlaku antara kedua-dua negara.

2. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kenyataan bersama Malaysia-Korea Utara sebagaimana yang dilaporkan agensi berita Korea Utara KCNA bertarikh 30 Mac 2017.

3. Hal yang paling ketara disebut ialah kedua-dua negara bersetuju untuk membincangkan secara positif pengenalan semula sistem bebas visa dan merapatkan hubungan antara kedua-dua negara di peringkat tertinggi.

4. Kenyataan tersebut turut menekankan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara yang telah dipupuk sejak tahun 1973, disamping penegasan kembali menghormati Konvensyen Vienna tentang Hubungan Diplomatik.

5. Jelas jalan penyelesaian bersifat jangka panjang telah direncanakan di mana larangan perjalanan antara warganegara Malaysia ke Korea Utara dan juga warga Korea Utara ke Malaysia telah dimanushkan. Hal ini menandakan pemulihan awal yang positif.

6. Kenyataan bersama tersebut seterusnya menegaskan keselamatan warga kedua-dua negara yang berada di negara masing-masing. Ditambah dengan pengakuan warga Malaysia yang ditahan Korea Utara sendiri bahawa mereka menerima layanan baik dari Pyongyang, kesalingpercayaan boleh dijangkakan untuk masa akan datang.

7. Berdasarkan pengalaman hubungan diplomatik negara, contohnya seperti hubungan Malaysia dengan Ukraine dan Rusia susulan tragedi MH17 dan juga dengan China pasca tragedi MH370, demikian jugalah dalam konteks hubungan KL-Pyongyang kini boleh dipulihkan.

8. Fakta penting yang wajib difahami ialah kelebihan Malaysia yang bijak mengemudi keadaan dan tidak terperangkap dalam kancah pertelingkahan blok kuasa dunia seperti Amerika Syarikat (AS)-Ukraine dengan Rusia pada 2014, dan AS-Jepun-Korea Selatan dengan China dan Korea Utara pada hari ini. Maka Malaysia masih mengekalkan reputasi sebagai negara berkecuali di mata dunia amnya, dan Korea Utara khasnya.

9. Perlu ditegaskan bahawa meskipun petanda positif sudah mula dilihat, namun siasatan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membabitkan kes kematian Kim Jong Nam masih perlu dijalankan. Malaysia tidak akan berkompromi dengan hakikat bahawa masih ada warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan di bumi Malaysia itu yang bebas.

Imej: Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong merangkap Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (Kanan); Kim Jong un, Presiden Korea Utara (Kiri).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s