Oleh: Afifah Anni’maty

Buku ini adalah kompilasi tulisan dan artikel pendek; catatan harian Ahmad Wahib (1942-1973), seorang wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia yang konsisten merakam pergelutan pemikirannya atas meja di sebuah bilik sewa kecil, di dalam beberapa lembar buku tulis lusuh persis diari.

Beliau mengikuti secara dekat perdebatan para ilmuwan dan intelektual era Orba. Meninggal dunia dilanggar motorsikal pada 31 Mac 1973, waktu malam, ketika pulang dari kerja. Seorang teman bergegas ke bilik sewa Wahib dan menyelamatkan buku-buku catatan yang kemudiannya terjilid sepertimana yang tersedia kita lihat sekarang.

Buku ini adalah projek group Middle Eastern Graduate Centre (Meg-c) 10 tahun lepas untuk membuka minda para islamist yang sangat konservatif dan tidak ‘open’ dalam mendengar dan menerima pendapat baharu dan asing.

Dalam catatan hariannya, Ahmad Wahib keras mengkritik orang di sekelilingnya, termasuk dirinya sendiri. Antara orang yang lantang di kritik dalam catatan harian beliau ialah Nurcolish Majid (CakNur) dan Djohan Effendi (ms 140-143). Orang-orang ini memang terkenal di Indonesia, lama selepas kematian Ahmad Wahib.

Kritikan dalam catatannya bagai mngkritik sambil membimbing tokoh-tokoh masyarakat tersebut. Maka kelebihan Ahmad Wahib dapat kita lihat, seorang wartawan biasa, yang mati awal boleh menjadi guidance kepada pemikir besar Indonesia?

Catatannya juga bagi saya, mencabar pemikiran muslim untuk memeriksa semula ruang-ruang yang kononnya taboo kepada pemikiran konservatif islamist.

Saya setuju dengan pandangan salah seorang ahli group Meg-C, saudara Hakim Ramlee yang bertungkus-lumus menjayakan projek penerbitan buku PPI ini, bahawasanya; Ahmad Wahib adalah pencetus kepada golongan Mutabbi’ (Penuntut ilmu) dan mujtahid yang sebenar, iaitu dengan mengajak orang keluar dari taqlid (ikut tanpa nas dan hujjah) bukan sahaja dalam perkara fiqh tetapi melibatkan aqidah; sentiasa mencari Tuhan.

Dalam catatan hariannya, Ahmad Wahib berbicara tentang kedangkalan ulama’ pada zaman beliau yang kita boleh lihat masih berlangsung pada zaman ini pada ms 82 & 83 – menarik untuk dibincangkan.

Bagi pendapat peribadi saya, bahagian paling sesuai untuk mahasiswa university adalah pada bahagian ketiga buku ini; ms 262/266.

Kata Ahmad Wahib; “Saya ingin jadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.”

Kata Immanuel Kant apabila ditanya tentang apa itu pencerahan; “Pencerahan itu adalah berani untuk tahu.”- Sapere Aude

Bersesuaian dengan hadith;

“العلم خزائن مفاتيحها السؤال ألا فاسألوا فإنه يؤجر فيه أربعة : السائل والعالم والمستمع والمحب لهم.” – الراوي علي بن أبي طالب

“Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.

Nota Kaki: 

Terdapat tiga tahap muslim dlm usul fiqh:

1. Taqlid : Muqlid -mengikut tanpa nas, membuta tuli

2. Ittiba’: Muttabi’ -mengikut dengan mengetahui hujah/nas

3. Ijtihad: Mujtahid- berusaha bersungguh sungguh mengkaji hujah/nas dan layak mengeluarkan pendapat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s