Oleh: Azwar Kamaruzaman

Jantung Amirul berdegup laju. Dia merasakan kehangatan apabila ditindih oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Tubuhnya yang terbaring bergesel dengan empunya kulit halus mulus. Sedetik kemudian jasad itu bangun dengan wajah yang menggoda. Dia menarik nafsu Amirul untuk tunduk dengan segala tindakannya.

Wanita itu melepaskan sarungan yang menutupi seluruh badan. Diletaknya satu persatu di tepi katil. Kini, Amirul diterkam. Geseran tanpa helaian itu memaksa jantungnya berdegup lebih laju. Dia benar-benar terkesan. Dilihat wajah wanita itu persis wanita Cina. Wanita itu hanya senyap tanpa bicara dan tekun melakukan tugasnya.

Ditarik Amirul ke dunia asmara. Kini dia benar-benar ditikam. Tikaman yang menyakitkan orang lain. Asyik sedap melayan perasaan kedengaran suatu suara menyeru namanya.

“Amirul, bangun. Dah lewat dah ini,” terdengar suara garau yang sangat dikenali. Gumpalan tahi yang melekat di tepi mata digosok.

Kacau daunlah Pak Hanip ni, baru nak syok,” hatinya mengomel. Cepat-cepat dia mengambil tuala dan pergi ke tandas membersihkan segala kekotoran rohani dan jasmani.

Cermin memantulkan wajahnya. Amirul menggayakan rambut mengikut kebiasaan yang dilakukannya. Terpacak.

“Segak anak emak hari ni. Dah macam orang besaq dah mak tengok. Mai sini emak kemaskan tali leher itu,” Amirul mendekati emaknya.

“Amirul harapan emak sekarang. Belajaq elok-elok ye, nak,” manik-manik air mata Mak Som tumpah lagi.

“Apa ini mak. Janganlah nangis. Amirul pergi belajar bukan pergi perang. Nanti cuti Amirul balik,” pujuk Amirul sambil mengesat air mata di pipi Mak Som. Dikucup dahi orang tua itu.

Amirul membantu keluarganya mengemas barang. Di arah adiknya untuk mengangkat barang-barang yang ringan sahaja. Apit hanya menurut tanpa banyak merungut. Selepas check out, mereka terus mencari kedai makan untuk mengisi isi perut sementara menanti waktu makan tengah hari.

Warung Pak Haji Taib berdekatan dengan universiti menjadi pilihan mereka. Sama seperti warung di kampung-kampung, orang tua merupakan pelanggan utama sambil dibanjiri dengan ahli keluarga dari luar daerah yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka di universiti yang sama dengan Amirul.

Amirul boleh mengenal pasti pelajar-pelajar tersebut berdasarkan cara mereka berpakaian yang lebih kurang sama sepertinya. Universiti ini mewajibkan pelajar baru yang mendaftar pada hari itu berpakaian formal. Berseluar slack, baju kemeja dengan tali leher bersama kasut kulit. Dia sebenarnya malas berpakaian formal sebegini. Terasa janggal tetapi atas saranan emak, Amirul turuti saja.

Datang seorang pelayan mengambil pesanan bersama kertas dan pen ditangan.  Apit paling cepat kalau bab memesan makanan. Seperti biasa teh ais menjadi pilihannya. Pak Hanip memesan kopi panas. Emak hanya mengelengkan kepala. Dia akan berkongsi minuman dengan Apit. Husna memesan  teh o suam manakala Amirul meminta teh ais.

“Urmm… makan?”

“Kasi soto satu, roti canai tiga,” jawab Mak Som selepas bertanya kepada yang lain. Pelayan itu beredar ke meja sebelah untuk mengambil order.

“Hang pagi-pagi dah minum ais. Ais tu tak elok untuk lelaki. Nanti hang kahwin hang fahamlah maksud aku ini,” Pak Hanip bersuara.

“Sibuk betul aku nak minum apa pun nak komen.”

Selesai makan, mereka terus bergerak menuju ke universiti. Terbentang di depan mereka sebuah universiti yang gah di bumi Johor Darul Takzim. Terdetik rasa bangga kerana berjaya terpilih daripada ribuan lepasan SPM yang berebut mahu menyambung pelajaran di sini.

Himpunan manusia berilmu yang teruja untuk memulakan episod baru dalam hidup mereka jelas terpancar di wajah. Masing-masing dengan gelagat tersendiri. Ada yang pendiam, peramah tak kena gaya, bajet cool macam gampang dan macam-macam lagi. Di sini barulah nampak faktor persekitaran banyak mempergaruhi gaya hidup dan pergaulan seseorang.

Satu taklimat ringkas diadakan oleh pihak universiti. Seperti kebiasaan, ayat terima kasih dan tahniah ditujukan kepada bakal siswa dan siswi. Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa yang menyahut saranan negara untuk melahirkan modal insan yang berguna pada masa hadapan dengan mendaftarkan anak-anak mereka di sini.

Kedengaran gelombang tepukan gemuruh dihasilkan gabungan pelajar dan ibu bapa di dalam dewan itu. Amirul turut serta melayan. Selesai ucapan, dia dan pelajar-pelajar lain dibawa dari satu kaunter ke kaunter lain bagi sesi pendaftaran.

Antara semua kaunter yang disediakan, perhatian Amirul lebih tertumpu di kaunter membuat kad pelajar. Kaunter itu dijaga oleh kakak cun yang setanding dengan kecomelan Nora Danish. Layanan dan kelembutan kakak cun ini mampu membuatkan dirinya menjadi Biskut Marie yang sedap lagi rapuh.

“Adik duduk senyap-senyap ya. Satu, dua, tiga!” Cahaya dari kamera terpancar beberapa kali.

“Okay dik, dah siap,” ucap kakak cun sambil memberikan senyuman yang menusuk jantung Amirul sekali gus menjana pengaliran darah dengan lebih banyak ke segenap badann. Dia menjadi gugup serta merta.

            Dia bukan level hang Amirul.        

“Okay kaa… kakak… ter… terima kasih.”

Damn! Apa pasal aku gagap plak ni. Haram betul nasib baik tak ada yang perasaan.”

Amirul berlagak cool dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Semua perkara sudah selesai kecuali mengambil kunci kediaman.

“Assalamualaikum, abang nak tumpang tanya, tempat ambil kunci kediaman kat mana?”

“Waalaikumsalam, adik straight saja. Kalau nampak ramai berkumpul kat satu kuanter tu. Itulah tempatnya,” jelas abang yang memakai kad tertulis ‘urus setia’ tersemat kemas di dada.

“Okay, terima kasih bang,” Amirul menapak mengikut arahan yang diberi. Peluh yang terbit di dahi dibuang. Tali leher dilonggarkan. Di hadapannya, begitu ramai sedang beratur di kaunter.

Hampir setengah jam juga Amirul menunggu giliran untuk mendapatkan kunci. Sempat juga dia meramahkan diri bersembang dengan orang di sebelahnya. Buah topik pengenalan lebih kepada bertanyakan nama, asal dan juga jurusan yang diambil. Perkara biasa bagi sebuah perkenalan.

Akhirnya, kunci kediaman sudah berada di tangan. Kunci digenggam kuat, kalau terjatuh susah juga nanti. Tambahan pula di kawasan orang ramai seperti ini.

Sementara urusan pendaftaran selesai, Amirul menyuruh keluarganya menunggu di kafe. Malas dia mahu menyusahkan emaknya lagi. Sudah banyak benda yang dia lakukan untuk dirinya dan adik-adik. Hal-hal kecil sebegini biarlah dia selesaikan sendiri.

“Mak! Pak Hanip!”

Dengan gaya bangga Amirul menunjukkan kunci di tangan. Berdasarkan nombor pada kunci, dia bakal duduk di bilik B218. Segala beg pakaian dibawa ke bilik oleh Amirul dan Pak Hanip. Langkah demi langkah diatur sebelum mendaki tangga menuju ke tingkat dua.

Tiba di hadapan biliknya, Amirul memberi salam. Tiada yang menjawab, bagus. Dia membuka pintu bilik dan terus nampak dua katil single. Hanya dua orang sebilik. Dia sangat berharap rakan sebiliknya seorang yang cool dan tidak sombong.

Amirul menandakan kawasan jajahannya dengan meletakkan beg kecil sebagai simbol tempat tersebut sudah berpenghuni. Selepas semua barang telah diambil dan diletakkan dalam bilik, dia terus mengajak Pak Hanip turun semula ke kereta.

Babak sedih bakal bermula tidak lama lagi. Di kawasan parkir kereta itu menjadi saksi Mak Som memberikan pesanan terakhir kepada anaknya. Perkara sama yang dilakukan oleh semua ibu bapa apabila meninggalkan anak mereka untuk menuntut ilmu.

“Jangan main-main Mirul, kita bukan orang senang. Amirul belajar elok-elok nanti besar boleh jadi pegawai. Bab duit jangan risau, itu tanggungjawab emak,” ucap Mak Som sambil diiringi titisan air mata yang mengalir laju dari mata hati seorang ibu.

Amirul diam tanpa bicara. Keadaan di sekeliling diabaikan buat seketika. Bunyi-bunyi burung yang riuh berterbangan seakan tidak didengari. Fokusnya hanya pada insan-insan di hadapannya.

“Ingat pesan mak hang tu Amirul. Aku pun nak tengok orang yang akan memimpin kampung kita pada masa depan. Aku kasi hang ayat mudah. Kalau hang belajaq hang dapat apa yang hang nak. Pikiaq apa yang aku habaq ni,” kata-kata yang keluar daripada mulut pemimpin yang telah menerajui Kampung Mesra itu sangat mendalam dan penuh bermakna.

Riak muka Amirul tidak menggambarkan drama di dalam hatinya yang sudah kebanjiran dengan air mata kesedihan. Hanya Tuhan saja tahu perasaan Amirul ketika itu.

Dia hanya mampu diam.

“Mak jom lah balik, esok nak sekolah,” Apit bersuara.

“Sabaq la Apit,” Mak Som memberi kata akhir kalamnya. Dihulur duit makan kepada Amirul.

Waktu mencemburui untuk mereka meluangkan lebih masa bersama. Setelah memohon restu dan bersalaman, Pak Hanip, Mak Som, Apit dan Husna masuk ke dalam perut kereta untuk meninggalkan Amirul dengan dunia barunya. Gear kereta dimasukkan dan pedal minyak ditekan.

Hanya lambaian menjadi tirai akhir sebuah perpisahan. Kini mereka sudah hilang dari pandangan. Semua kata-kata emak dan Pak Hanip dikumpul tanpa dibalas walau dengan sepatah  molekul-molekul kata dari mulut Amirul. Semuanya menjadi azimat dan bekalan di sini.

Secara tiba-tiba terasa ada cecair berhampiran hujung mata. Cepat-cepat Amirul mengelap takut ada yang perasan.

“Oh, peluh rupanya.”

***

Amirul menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci tetapi kedengaran sudah ada suara dari dalam biliknya. Dia melangkah masuk dan pandangan pertama dilepaskan. Jangkaannya tepat.

“Assalamualaikum,” salam diberi kepada satu keluarga yang sedang memerhati anaknya memasang cadar.

“Pakcik, makcik,” Amirul menunduk hormat sambil menghulurkan salam kepada ayah roommate barunya. Rakan sebiliknya berhenti seketika memasang cadar. Dilemparkan senyuman bersama salam perkenalan.

“Adam.”

“Amirul. Tapi boleh panggil Mirul je.”

Mungkin sudah takdir Tuhan, Amirul dan Adam juga bakal belajar di kelas yang sama.

***

Kenching sebuah novel Azwar Kamaruzaman terbitan Buku Pojok boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 bermula dari 28 April hingga 07 Mei 2017.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s