Blog

Kenching (Bah. 4)

Oleh: Azwar Kamaruzaman Jantung Amirul berdegup laju. Dia merasakan kehangatan apabila ditindih oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Tubuhnya yang terbaring bergesel dengan empunya kulit halus mulus. Sedetik kemudian jasad itu bangun dengan wajah yang menggoda. Dia menarik nafsu Amirul untuk tunduk dengan segala tindakannya. Wanita itu melepaskan sarungan yang menutupi seluruh badan. Diletaknya satu persatu … Continue reading Kenching (Bah. 4)

Tarikh Pengasasan Melaka

Oleh: Prof. Dr. Ahmat Adam Menurut berita yang disampaikan kepada saya, pihak-pihak yang mempertahankan dan ingin merasmikan tarikh 1262 sebagai tarikh pengasasan kerajaan Melaka kini sedang melobi agar Kementerian Pendidikan mengarahkan supaya tarikh “ciptaan” beberapa orang yang mengaku “sejarawan” itu dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah untuk kegunaan di sekolah-sekolah. Walaupun berita ini belum dapat … Continue reading Tarikh Pengasasan Melaka

Kenching (Bah. 3)

Oleh: Azwar Kamaruzaman Semuanya berjalan lancar. Tiada kesesakan jalan raya mahupun kemalangan berlaku kecuali kereta beratur ketika mahu membuat bayaran tol di lorong masing-masing. Amirul memerhati wajah Mak Som. Biarpun tidak berapa sihat, digagahi juga untuk menghantarnya. Banyak juga perhentian rehat yang terpaksa disinggah disebabkan emak yang mengadu loya dan pening kepala. Sudah lama dia tidak … Continue reading Kenching (Bah. 3)

Kenching (Bah. 2)

Oleh: Azwar Kamaruzaman Pagi itu langit membiru seperti selalu. Awan putih terapung-apung di angkasa. Merpati dan gagak seronok berterbangan sana sini membelah cahaya mentari. Alam seperti merestui keceriaan dan kegembiraan sebuah keluarga yang tampak kekurangan dari pandangan mata kasar namun begitu bahagia dalam jiwa mereka. Amirul mengheret beg besar jenama Polo bukan original yang dibeli menggunakan … Continue reading Kenching (Bah. 2)

Kenching (Bah. 1)

Oleh: Azwar Kamaruzaman “Amirul… Amirul…” Panggil seorang wanita yang umurnya sudah mencecah setengah abad dari dapur, sibuk menyediakan makan tengah hari. Walaupun merasakan lututnya seperti ada benda yang mencucuk-cucuk dan tidak boleh diubati lagi, wanita ini tetap mengagahi juga kudratnya yang masih ada untuk bergerak ke sana sini. Kalau tidak memaksa badan yang hanya tinggal tulang … Continue reading Kenching (Bah. 1)

Orang-orang Papa: Suatu Jenayah?

Oleh: Azeem Lenin Setiap kali isu gelandangan diutarakan di dalam mana-mana perbincangan, kita tidak dapat lari daripada mendengar perkataan ‘merosakkan pemandangan’, ‘kotor’, ‘tidak selamat’ dan sebagainya. Ramai antara kita melihat orang gelandangan ini sebagai satu masalah sosial yang tidak pernah boleh diselesaikan, dan apabila pendapat yang sama singgah di benak pembuat undang-undang, maka wujudlah akta … Continue reading Orang-orang Papa: Suatu Jenayah?

Pergolakan Pemikiran Islam

Oleh: Afifah Anni'maty Buku ini adalah kompilasi tulisan dan artikel pendek; catatan harian Ahmad Wahib (1942-1973), seorang wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia yang konsisten merakam pergelutan pemikirannya atas meja di sebuah bilik sewa kecil, di dalam beberapa lembar buku tulis lusuh persis diari. Beliau mengikuti secara dekat perdebatan para ilmuwan dan intelektual era Orba. Meninggal … Continue reading Pergolakan Pemikiran Islam

Perang Dunia Ketiga Sudah Bermula?

Oleh: Abdul Muein Abadi Dalam tempoh seminggu sahaja Donald Trump telah menyerang Syria, menghantar kapal perang ke Korea, mengugut China dan Rusia, dan terkini mengebom Afghanistan dengan ‘Ibu Segala Bom’ (MOAB). Trump nampaknya telah memulakan Perang pada skala yang berbeza di Lima Penjuru: Rusia, China, Syria, Korea Utara, dan Iran. Peperangan demi peperangan pernah diisyaratkan … Continue reading Perang Dunia Ketiga Sudah Bermula?

Aku Anak Punk

Oleh: Petak Daud Perkara pertama yang terlintas di dalam kepala saya sebelum dan ketika membaca naskah Aku Anak Punk tulisan Khai Aziz (ataupun Ein, vokalis kugiran Hardcore, Second Combat) yang berkaitan dengan prinsip dan etika Do It Yourself (DIY)  adalah, kenapa Buku Pojok? Membaca Aku Anak Punk menerangkan kepada kita persoalan-persoalan yang sering bermain di … Continue reading Aku Anak Punk

Machiavelli, Kuasa dan Real Politik

Oleh: Ayman Rashdan Wong Dalam politik terdapat dua mazhab besar: idealisme (idealism) dan realisme (realism). Idealisme menitikberatkan soal idea, ideologi atau 'isme-isme' (nasionalisme, liberalisme, sekularisme, pluralisme, anarkisme, Islamisme dan sebagainya). Idealis percaya bahawa politik adalah pertarungan antara idea-idea yang akan dimenangi oleh mereka yang mempunyai idea yang terbaik. Realisme atau pendekatan 'Realpolitik' pula berpandangan lain. … Continue reading Machiavelli, Kuasa dan Real Politik